Sunday, April 12, 2015

The Problem

The problem is with me. The reason I am always heartbroken is because I let it happen.

Thursday, September 4, 2014

Life is not a movie, and other duh things I didn't realize hithertho

Today I realized I do not do the things I loved anymore. I used to write and draw and was learning to paint and I played and listened to music.

Too much happened to me.

I used to be the person who like anything until something happened to make me dislike it. Now, I hate first until it proves to not be hated.

Did life do this to me? Or am I just going to the wrong direction?

I lost two people I considered best friends - they are the two that I know of. Three actually. I lost another quite some time ago. I was mad and sad I cried till my eyes are swollen and puffy. But then I became angry. I hate them even. I hate them for making me cry. I hate them for confusing me, for breaking my heart. For making me feel so inadequate for their friendship. But there's a piece of me that says I am better without them. Yes. I am better without them.

Anyway, since I have time in hand, too much of it, I should write. But I don't instead I waste my time doing nothing. I only eat and sort of waste away in existence.

Joey was kinda trying to reconcile our friendship, but I don't feel like doing it. I just want to be left alone. I love him and I appreciate the effort but I just don't want people in my life. I don't know what's happening.


Friday, August 15, 2014

A Clockwork Orange-ish Kind of Day

No. If you're reading this (I am quite sure no one would) while looking for some sort of clue about the novel, then, I should tell you to go get your copy and read it because it's a good read. Suck it up and go read.

Okay now, it is not a violent day and I can't ever imagine myself in any circumstances (okay, maybe if the spirit of an evil dead man possessed me) do anything that Alex would do; except for listening to Beethoven.

It's a dull day. Looks like it is going to rain, and yes, I'm reading -rather trying to read- A Clockwork Orange. I feel like I should be doing something important but instead I'm typing this. Just so I could fill the emptiness I feel. Isn't it shitty?

Wednesday, July 2, 2014

Nothing's changed

"I've been in love. It's painful, pointless and overrated."

I've got a meeting of some sort Friday. I have mixed feelings about it.

1. It's job related. It's an informal interview actually.

2. I kinda owe it to one of my bestie. I'm pretty sure she vouched for me. But she seemed a bit distant, I'm confused.

3. I'm afraid I'll blow it. I don't feel adequate.

At the same time, I am trying to just accept everything God has planned for me. Maybe it's the month, but I am feeling better. I think I'm giving up writing.

Okay, maybe a lot has changed. I have changed. I hope for the better.

Saturday, February 8, 2014

Along

Fizi sikat rambut depan cermin. Rambut ikalnya sudah sedikit panjang, sudah menutup parut kecil di dahi kanannya. Nanti, dia akan minta Along potongkan. Dia senyum. Baru tadi, dia dengar suara Along memberi salam. Fizi senyum. Dia tak sabar mahu menunjukkan kertas soalan hari ini. Dia mahu Along menyemak jawapan yang ditanda.
Along di bilik. Along duduk di hujung katil bercadar merah jambu. Tudung Along biru, padan dengan baju kurung kapas berbunga biru kecil. Seperti biasa, Along renung lama-lama gambar di dalam frem kayu miliknya. Along senyum nipis.
Fizi tolak daun pintu perlahan, cuba mengejutkan Along. Tapi sebaik sahaja Fizi masuk ke dalam bilik itu, Along mengalih pandang ke pintu dan tersenyum. Along terbalikkan frem gambar dan letak di atas katil. Fizi menggaru kepala, tersipu.
Di tangannya sebuah buku soalan.
‘Ada apa sayang?’ lembut suara Along. Fizi suka tengok Along senyum. Bila Along senyum, ada semacam lesung pipit di sebelah kanan mulutnya. Fizi menghulurkan kertas soalan Bahasa Inggeris pada Along. Hidungnya kembang kempis menunggu reaksi Along.
Along senyum lagi.
‘Sayang adik!’ Along tersenyum, tangannya masih memegang buku soalan. Fizi ikut tersenyum. Cuma senyumnya lebih lebar. Mata Along bergerak-gerak meneliti jawapan yang ditanda Fizi. Bibirnya terkumat-kamit, tetapi senyum tak lekang.
‘Along, aku nak 5A UPSR ni.’ Fizi bersungguh. ‘Kalau aku dapat 5A, aku nak pergi sekolah sukan, aku nak main bola. Boleh kan Along?’ soalnya.
‘Boleh… Kalau adik dapat 5A nanti, Along belikan hadiah.’ Along masih tersenyum. Fizi masih terkulat-kulat di depan Along, sengihnya ke telinga.
‘Along nak bagi aku apa?’ dia bertanya, tidak sabar. Dia pasti dia akan mendapat 5A. Setiap kali Along memeriksa jawapan yang ditanda di kertas soalan, Along pasti senyum.
‘Itu rahsia lah!’ Along tersenyum. Dia mahu mendesak Along untuk memberitahu tentang hadiahnya, tetapi Along memotong cakapnya.
‘Adik pergi tunjuk kat mak, Along nak solat sekejap. Dah solat?’ Along menghulurkan kertas soalan kepada Fizi.
‘Dah. Aku dah solat dengan mak tadi.’ Fizi tersenyum. Sejak dulu lagi, Along selalu mengingatkannya supaya solat. Azizan dan Azam pun Along suruh solat. Dulu, Azam selalu ponteng solat, tapi Along tahu bila Azam bohong.
Satu hari, Along panggil Azam masuk bilik. Lama Azam dalam bilik Along. Masa tu, Fizi baru 7 tahun, Azam pula tingkatan 1. Tapi Fizi ingat sangat sebab, hari tu, Azam menangis lama. Bila dia keluar, Azam minta maaf dekat ayah dan mak, dengan Angah, Azizan dan peluk Fizi.
Selepas itu, Azam tak pernah tinggal solat. Tak pernah bohong.
Sekarang, Azam ada di Indonesia, Azam nak jadi doktor. Azizan pula belajar di Jepun, ambil kursus kejuruteraan. Angah dah kahwin, dia tinggal di Singapura. Bila Angah balik raya, Angah bawa balik anak-anaknya Amran dan Aira.
Along jadi pensyarah. Kata mak, Along pandai, sebab tu Along jadi pensyarah. Fizi pun rasa Along pandai. Along selalu ajar Fizi. Dulu, Azizan dan Azam pun Along ajar. Sebab tu la Azizan dan Azam jadi pandai macam Along. Fizi pun mesti jadi pandai sebab Along yang ajar. Fizi terlena malam itu dengan senyuman yang membawa kepada mimpi indah dia menjadi pemain bola negara.
‘Sampai bila kita nak biarkan dia macam tu? Kita patut buat sesuatu.’ Fizi cari mak, nak minta izin main bola, tapi dia dengar suara ayah. Fizi tunggu sekejap. Mungkin ayah dah nak habis cakap. Fizi tunggu di luar pintu bilik ayah dan mak. Tunggu sampai ayah dan mak habis bercakap.
‘Bukannya kita tak sayangkan dia bang. Lagipun, saya tengok dia okay je.’ Suara mak nyaring. Fizi tak faham apa yang mak cakap. Siapa yang okay?
‘Nampak je okay, kalau kita betul-betul sayangkan dia, kita patut biar dia betul-betul bahagia.’ Suara ayah ketat, menahan perasaan. Fizi makin tidak faham. Ayah nak biar siapa bahagia? Fizi bahagia. Along pun bahagia. Mak dan ayah tak bahagia ke?
‘Awak faham apa maksud saya. Along dah lama meninggal... tapi…’ Fizi tolak daun pintu. Dia mahu penjelasan. Kenapa ayah kata Along dah meninggal?
Tiba-tiba, ada tangan tarik lengannya. Along. Bila pula Along balik kerja?
Mata Along merah. Fizi tak pernah nampak muka Along macam hari ini. Along meletakkan jari telunjuk di bibirnya, menyuruh Fizi diam. Fizi terkejut, bukan sebab mata Along merah, bukan sebab muka Along, tapi sebab Along pegang lengan Fizi. Selama ini, Along tak pernah pegang Fizi.
‘Along, kenapa ayah dan mak cakap macam tu?’ Fizi bertanya. Along diam.
‘Along, ayah dan mak cakap pasal siapa?’ Fizi bertanya. Along diam.
‘Kenapa ayah cakap Along dah mati?’ Fizi bertanya. Along diam.
Along bawa Fizi keluar. Along diam tak cakap apa-apa. Tapi, air mata Along tak berhenti mengalir. Fizi peluk bola. Fizi tak suka tengok Along menangis. Along bawa Fizi ke hujung kampung. Pertama kali Along bawa Fizi ke sini, Azizan dapat tawaran pergi Jepun. Masa Azam bertolak ke Indonesia pun, Along bawa Fizi ke sini. Tapi hari ini, Fizi rasa takut.
Bukan sebab Fizi takut tempat itu, tapi sebab Along lain sangat. Sebab ayah cakap Along dah meninggal. Kalau Along dah meninggal, yang dengan Fizi ini siapa? Yang belikan bola Adidas yang dipeluknya ini siapa? Yang mengaji setiap hari selepas Maghrib itu siapa? Fizi keliru.
‘Fizi.’ Along panggil nama Fizi. ‘Fizi tahu tak, kenapa kita selalu datang sini?’ air mata Along jatuh lagi.
Fizi rasa makin takut. Petang sudah lewat. Angin bertiup perlahan, Fizi bau wangi tiba-tiba. Bunga kemboja gugur dan jatuh dekat Fizi. Fizi rasa mahu menangis. Dia peluk bola kuning itu erat-erat.
‘Fizi, ingat Along?’ Along bertanya tapi soalan itu macam mengarut. ‘Fizi ingat tak, mula-mula Fizi jumpa Along?’ Fizi pandang muka Along. Along nampak manis bertudung ungu. Tapi, Along tak senyum.
‘Fizi, ingat tak Along?’ soal Along lagi. ‘Fizi ingat tak abang long?’
Fizi mula sesak nafas. Dia mula nampak seorang lelaki berambut ikal. Lelaki itu ketawa. Dia nampak lelaki itu cium Along.  Along pegang tangan lelaki itu, Along senyum bahagia sangat.
Fizi pegang stering kereta. Pusing-pusing. Fizi ingat bunyi kuat.
‘Awak, saya sayang awak. Tolong jaga diri, dan tolong saya jaga keluarga saya.’

‘Fizi ingat. Fizi ingat…’ Fizi menangis. Bola kuning-ungu yang dipeluknya tadi jatuh, bergolek ke dalam pagar tempat batu-batu nisan banyak.

Tuesday, June 11, 2013

Tutup

Ruang dibiar kosong. Tutup

Semua yang rosak biar. Tutup

Penghujung jalan bukan hati yang patah.

Tabah.

Tuhan cuma mahu kau pandang ke arah syurga sesekali selepas lama mengarah ke lubang neraka.

Tutup.

Sunday, May 19, 2013

Internet

Semalam aku dapat tahu senior yang aku pernah ada crush kat dia dah putus beberapa bulan lalu dengan tunangnya. Aku ingat aku akan rasa seronok tapi tak.

Aku rasa sedih. Sebab aku tahu dia memang sayang gila dekat perempuan tu. Ada sekali perempuan tu curang, dia boleh tunggu perempuan tu balik kat dia.

Lepas tu diorang tunang. Aku pun berhenti la stalk si mamat ni. Lepas tu lagi aku jumpa mamat aku sendiri.

Memandangkan aku sendiri pernah buat apa yang perempuan tu buat dan bf aku boleh tunggu aku balik kat dia,aku jadi sangat sayang kat dia.

Semalam, aku terfikir.. Memang betul cakap orang2. Kalau bukan jodoh kau, kau sayang macam nak mampus pun, korang takkan bersama.

Aku sekarang rasa macam nak mampus.

Haha. Tak lah. Cuma rasa nak mampus sikit je.

Thursday, April 25, 2013

Mati

Kau tahu bunyi mesin vital sign tu?

Bunyi high pitch yang irritating tu?

Bunyi tu dah diam.

Yang bingit sekarang adalah bunyi sunyi tu.

Wednesday, February 13, 2013

lelaki yang makin hilang

yang jari-jarinya menjadi puisi di celah jemariku sendiri

yang pelukan kali akhir itu menjadi sebuah lagu cinta

saat nanti bila kau sudah pergi, aku juga akan kehilangan diri sendiri

aku juga akan hilang nafas

sayang, aku harap Tuhan mendengar suara hati  aku

kebahagiaan aku yang satu ini tolonglah biar panjang..

Saturday, September 22, 2012

Mungkin bukan cinta

Sebab cinta kali ini adalah satu pengkhianatan,

Aku biarkan mimpi mengeluh lelah di antara hadir cahaya,

Semoga kau masih mampu melihat adanya harapan walaupun awan itu cuma kelabu tanpa silver lining.

Sayang,

Aku tak pasti,

Mungkin bukan cinta, tapi aku pasti ini satu kegilaan.

Thursday, August 9, 2012

Sin

Welcome to the conscience's hunting ground.
Where you will be hunt down and find no escape.
Where the earth is made up of the wrongs you've done to people you said you love.
Where you can drown in sweat 
and there is no such thing as peace after death.

Because you'll relive the sin each time you remember what you have done.

Saturday, July 28, 2012

Hilang

Hari ini dia biarkan perasaannya keluar berlari dan diterbangkan angin.

Wednesday, July 25, 2012

Setia

Dari tempat yang hilang,
aku masih menunggu kau pulang.

Mungkin tanah sudah gersang
tapi aku akan masih tunggu kau pulang

pulang pada aku yang sudah hilang
dan makin hilang

Sebentar

Apa yang kita ada cuma saat ini.
Esok atau sebentar lagi, lidahku mungkin sudah kelu
Mungkin kau sudah pergi
Mungkin aku tiada di sini

Sepanjang maghrib cuma masa kita
Kau pergi bersama jalur terakhir mentari


Tak apa, aku pasti tunggu kau sampai maghrib kembali.





Friday, June 8, 2012

Tolong doakan.

Kali terakhir dia telefon aku, cuma untuk katakan dia cintakan aku. Mesej terakhir yang dia hantar, mengatakan dia ditahan di hospital, kemungkinan masalah buah pinggang. Dia suruh aku jangan risau, dan bahawa dia akan sembuh.

Aku balas pesanan dia, menyuruh dia kuat dan sembuh cepat, ini EURO pertama sejak kami bersama. Mana boleh kami tak tengok sama-sama.

Aku sangat berharap, sebelum September dia akan sembuh. At least, kami boleh meraikan ulang tahun bersama.

Tolong doakan dia.

Summer Affair

It was not a kiss,
It was my lips whispering to your lips,
And we both admit,
that love is something that was

Maybe we want to touch each other,
Maybe your lips want to meet mine,
but it was not a kiss,
it was my lips whispering to your lips

About a summer romance that never was.

Monday, May 21, 2012

Penuhi hati

Hujan lumpur membasuh darah
Berselut dan hanyir wajah......................

Sebenarnya aku sudah kehilangan kata
Ungkapan tercetus di jari semata
Tiada lagi rasa dalam hati.

Aku sudah tak peduli.
Dari titik. ke titik
Makna yang dulu harmoni sudah lari
Siapa dirimu kedengaran jelas di telingaku
Menenggelamkan kata katamu.

Bukan aku tak mahu percaya, tapi siapa kamu berbicara lebih lantang dari lidahmu,

Hati jadi sepi.
Tanpa sedikit rasa
Malah aku juga bukan marah atau sedih

Mungkin hujan masuh berlumpur.
Untuk kali ini sekali lagi
aku akan biar penuh berlumpur.

Thursday, April 26, 2012

Tak Mampu

Malam ini aku tak mampu
Malam ini aku mahu berhenti dan berpaling ke belakang
Sebab ada bayang kau di hujung buku lali aku
Sebab ada rasa sayang di hujung hati aku
Kali ini aku mahu sangat peluk perasaan yang sudah kusam,
Bertema lagu-lagu cinta kita,
aku yang lalu bersama kau yang dulu milikku,
walau sebenarnya aku tahu
kita sepertinya radit dan jani yang tidak pernah jatuh cinta.

Monday, April 9, 2012

Masa

sudah pukul 13.60 sebentar sahaja lagi
masa berpusing kembali ke depan.
dia ketawa kesedihan di atas titik kejadian diri sendiri
betapa kecilnya dia di kalangan sejarah-sejarah yang bakal tercipta

setelah semuanya tidak terjadi,

masa sudah kembali 12.

semuanya jadi kosong dan diam.

Sunday, March 4, 2012

Mungkin kau. Mungkin aku.

Titik yang bermulanya keruh,
sudah terlalu lewat untuk dikesan
Kala kini, malam semakin hampir menghambat sisa-sisa merah ungu di langit.
Nyata lebih sejuk udara selepas ribut.
Tapi seperti pantai,
kita ini sudah berubah selepas bah.

Lebih lewat lagi untuk mencari jika ada lagi
senyuman zaman dulu yang boleh dikutip buat perca,
boleh menutup ruang-ruang yang makin menjauh antara kita.
Lebih lewat lagi kerana hubungan kita makin letih.

Malah kita, lebih letih.
Tidak mahu mencuba untuk hubungan itu.
Biar lah, fikir aku.
Mungkin itu juga yang bermain di fikiranmu.

Aku tidak pasti, tapi mendung dah berlalu.
Biarlah aku tenang begini.
Tenang begini.