Monday, January 18, 2010

Soliloquay


Ruang kosong yang tak boleh dipenuhi,
kau lihat botol di tepi jalan yang berlubang di dasarnya?
Begitulah ruang di kiri kau juga, diisi tetap tidak penuh.
Bukan. Bukan botol di tepi jalan, kerana kau kata hati kau tak berlubanglubang.
Beritahu aku, apa susahnya memenuhkan jiwa kau?
Mungkin kerana kau berjiwa besar.

Ruang tidak kosong tapi masih belum dipenuhi.
Kuasa, harta, cinta(?)
Mahu lebih kuasa, mahu lebih harta, mahu lebih cinta
(Eh, kata orang cinta itu suci, maka apa yang dibuatnya di puisi yang begini?)

Lempar perabot import, lempar banglo besar, lempar butang bom nuklear, lempar lagi lelaki dan perempuan.
Masih belum penuh.
Tak penuh-penuh.
Tak puas.
Tak cukup.
Aku masih mahu lagi banyak.

Manusia, jiwa kau lohong walau tak kosong

Bukankah aku pernah kata, mahu gembira harus tahu rasa puas?

10 comments:

  1. damn good ini punya sajak/ puisi atau seumpamanya hahaha

    ReplyDelete
  2. babe..u r great lah!
    i like..i love it..:)

    ReplyDelete
  3. xkire..kene diajari sy juge care menulis ini karangan!

    ReplyDelete
  4. try untuk paham tp x gak...
    losyujianikjutosdit!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Alfie
    Harus dibayar gaji lah ;p
    haha

    Joey
    Owg lagi tak faham apa yang kamu kata~ seri ok? haha

    ReplyDelete
  6. malas betul nak belek kamus cari makna puas.lepas dapat makna,baru tahu macam mana rasa dia.kalau tak,mesti tak mengerti pula.

    ;)

    ReplyDelete
  7. Pencubit, memang begitu lah lumrahnya. Kan? :)

    ReplyDelete

Who are you?