Tangannya menggenggam erat kotak merah kecil. Dia mengheret tubuh lesunya yang dibaluti sehelai tuala ke bilik mandi.
Tuala beralih ke rel besi di dinding. Tanpa memandang ke cermin di hadapannya, dia membuka kotak merah tadi. Enam. Masih ada enam lagi selain isi yang ditangannya. Dia melabuhkan punggung di atas tandas duduk.
Yang dilihat mata hanya satu tubuh yang terbakar, hakikatnya ada dua jasad yang sedang mati perlahan dalam definisi sendiri tanpa mengikut hukum relatif. Dia menyedut segala rasa yang ada dalam-dalam. Kepalanya mula melayang ke daerah nikotin. Ringan.
Dia membiarkan dirinya lepas begitu. Mata yang pejam terbuka memandang dua jari yang mengepit sebatang tubuh yang fiziknya terbakar, sedangkan sebenarnya ia sedang membakar tubuhnya yang lesu. Dia memeluk dirinya sendiri.
Dia rasa kosong. Apakah erti kewujudan dirinya seperti sebatang puntung nikotin itu juga? Selepas habis, dibuang terus, langsung tak diingati? Dihisap habis rasanya dan tinggal kosong?
Lama pula hayat puntung jahanam ini, fikirnya. Dia mengeluh, mulutnya serasa kelat tembakau, jemarinya dilonglai sengaja, terlepas jatuh ke bawah.
Mungkin beginilah cara dia meninggalkan aku, membuang aku terus dari hidupnya, dia bermonolog sendiri.
Lantas dihalakan air membasahi rongga oral dan serata ubun dan tubuhnya agar tidak lagi kebakar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Deep!
ReplyDeleteRasa terbuang. Tapi kita masih lagi ada peluang. Untuk mengisi sisi hidup yang hilang.
:) Ya, mungkin ada peluang. Hidup kadang-kadang ada cara sendiri untuk bagi kita yang terbaik. Dan selalu manusia gagal melihat sisi itu, lalu terus hanyut dalam kekecewaan.
ReplyDeleteada kenikmatan di sebalik pengorbanan.
ReplyDeletejust boleh bayang. cant write down
Bijan! Ya, bila dah lama dan perit tu hilang, rasa la nikmat pengorbanan tu...
ReplyDeletei smoke his favourite ciggies.
ReplyDeletepathetic, kan?
tissue-talk, it is sad. cry your heart out. just cry.
ReplyDeletecan't seem to cry these few days.
ReplyDeletewhy lah?
Ah. We're in the same boat. Perhaps, our tear gland has wore out..
ReplyDeletei have a tear-stick like the one on America's Next Top Model.
ReplyDeleteyou want one? ;)
It wont satisfy the ego crying inside.
ReplyDeletenah. 3 ciggies to smoke your tears away.
ReplyDelete;)
actually, i'm quitting. :)
ReplyDeletebut thanks.