Di sebuah kampung bernama Kampung Sungai Cetek Kurang Pasir, ada seorang pemuda bernama Ali. Ali merupakan anak tunggal ibunya.
Suatu hari, ibu Ali menyuruh Ali ke pekan untuk membeli sekuntum bunga. Kata ibu Ali, "Beli lah bunga mana yang kau suka." Walaupun dia berasa kurang macho untuk membeli bunga, Ali tetap ke kedai kerana dia ialah seorang anak yang patuh.
Sebelum sampainya Ali di pekan, Ali membuat keputusan untuk membeli bunga orkid. "Bunga orkid lebih unik!" katanya, konon pandai.
Sampainya di kedai bunga, Ali terpesona melihat pelbagai jenis bunga yang harum dan berwarna-warni.
Ada lily!
Ada rose!
Ada carnation!
Ada peony!
Oh! Oh!
Ali mula rambang mata melihat semua bunga yang boleh dibeli.
Ali tidak tahu mahu bunga mana.
Ali..
Akhirnya pulang dengan tangan kosong apabila semua bunga habis dibeli, dan dia tidak dapat membuat keputusan.
The End.
Friday, August 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mungkin takdir ali untuk membeli bunga matahari di gerai simpang susur keluar kampungnya.
ReplyDeletehahaa~
ReplyDeletebunga memang cantik. terlalu memilih memang tak jadi. baik. aku akan ingat =p
aku ada taman bunga. satu jenis bunga sahaja =)
Penulis. Sahaja, hahaha! dalam cerita aku, tak ada gerai kat situ!
ReplyDeleteBijan, wah! bagus! bunga apa ya?