Sunday, April 3, 2011

Flattered

Pagi Ahad bermula pada 1 petang.

Kirana masih bermalasan di dalam sejuk penghawa dingin. Enggan melepaskan hangat gebar. Sekali, dua kali diraupnya muka yang masih mengantuk.

Bosan. Hari ini nampaknya sendiri sahaja. Ruang apartmentnya seolah melantunkan bunyi-bunyi senyap, berdesing-desing di telinga.

Dan Kirana lantas berputus untuk bangun, memandang sekeliling biliknya. Dinding berwallpaper kosong hitam merah. Di depannya cermin sepanjang dinding yang terlihat seorang perempuan berambut panjang kusut tidur.

Lelah dengan kemalasan.

Dia mencapai rokok, perlahan keluar bilik. Kaki kecilnya terasa melekit di atas lantai yang tidak lagi berpermaidani. Carburetor Dung dimainkan suara maksimum. Sesaat, diperlahankan sedikit.

Kirana menyelak langsir pintu ke balkoni. Terang. Gurauan matahari tengah hari agak nakal. Dia mengecilkan mata yang masih dibuai kantuk. Dia menolak sliding door, terasa kehangatan yang begitu selesa.

Awan-awan kecil terapung seperti gula-gula kapas. Enak.

Kirana duduk, buka kotak rokok. Di ambilnya  ashtray dan diletakkan di antara kakinya. Sebelah tangan menyalakan rokok, sebelah lagi menarik gaun tidur menutup panties yang terdedah.

Kosong. Tiada burung berkicau di metropolis seperti ini.

Fikirannya melayang-layang, entah ke daerah mana. Kosong tapi seolah serabut. Kekosongan itu terus menghabiskan separuh nikotinnya.

Di ruang letak kereta di bawah tiga perempuan berpakaian cantik mengekek ketawa, gembira mungkin. Dari mana anda semua? Dia bertanya sepertinya berminat. Seorang perempuan yang paling gedik antara mereka mula menari-nari sendiri. Kirana tertawa kecil.

Kirana memandang kakinya sendiri kemudian kaki perempuan yang sedang menari. Baiklah, kaki kau panjang kan. Kata si mediocre Kirana. Bila mereka berlalu, egonya kembali pulih pelahan-lahan.

"Hey!" satu suara kedengaran. Dia mengalih pandang dari ashtray di antara kakinya ke lot letak kereta. Seorang lelaki berpolo shirt putih berseluar pendek tersengih.

Apa yang lelaki ini mahu dari perempuan serabut-langsung-tak-cun-dan-tak-mandi? fikirnya.

Dan lelaki itu mula menggerakkan pelvis ke depan dan ke belakang. Kirana menyedut asap terakhir dari rokok pertamanya Ahad itu. Mematikannya.

Not my idea of a good time, fikirnya. Lalu Kirana masuk ke dalam rumah, tidak menghiraukan lelaki gila tadi. But I'm flattered

4 comments:

Who are you?