Percaya dan orang asing adalah oxymoron.
"Aku percaya kamu; orang asing." bagaikan satu penipuan yang ditulis di atas kertas, ditampal di muka.
Kamu tidak percaya. Aku juga kurang pasti.
Tak mengerti.
Aku percaya kamu; orang asing.
Mungkin kerana di hati aku, kamu bukan orang asing.
Aku tak tahu apa warna kegemaran kamu (pink?), apa hobi kamu (kumpul setem?), apa cita-cita dan harapan kamu, apa yang kamu mahu, tapi aku tahu..
Kamu boleh faham jika kamu mahu.
Kerana hati kau pernah berlegar di ruang yang serupa. Hampir sama dengan gelap yang aku harung.
No comments:
Post a Comment
Who are you?