Thursday, April 26, 2012

Tak Mampu

Malam ini aku tak mampu
Malam ini aku mahu berhenti dan berpaling ke belakang
Sebab ada bayang kau di hujung buku lali aku
Sebab ada rasa sayang di hujung hati aku
Kali ini aku mahu sangat peluk perasaan yang sudah kusam,
Bertema lagu-lagu cinta kita,
aku yang lalu bersama kau yang dulu milikku,
walau sebenarnya aku tahu
kita sepertinya radit dan jani yang tidak pernah jatuh cinta.

Monday, April 9, 2012

Masa

sudah pukul 13.60 sebentar sahaja lagi
masa berpusing kembali ke depan.
dia ketawa kesedihan di atas titik kejadian diri sendiri
betapa kecilnya dia di kalangan sejarah-sejarah yang bakal tercipta

setelah semuanya tidak terjadi,

masa sudah kembali 12.

semuanya jadi kosong dan diam.