Tuesday, June 11, 2013

Tutup

Ruang dibiar kosong. Tutup

Semua yang rosak biar. Tutup

Penghujung jalan bukan hati yang patah.

Tabah.

Tuhan cuma mahu kau pandang ke arah syurga sesekali selepas lama mengarah ke lubang neraka.

Tutup.

Sunday, May 19, 2013

Internet

Semalam aku dapat tahu senior yang aku pernah ada crush kat dia dah putus beberapa bulan lalu dengan tunangnya. Aku ingat aku akan rasa seronok tapi tak.

Aku rasa sedih. Sebab aku tahu dia memang sayang gila dekat perempuan tu. Ada sekali perempuan tu curang, dia boleh tunggu perempuan tu balik kat dia.

Lepas tu diorang tunang. Aku pun berhenti la stalk si mamat ni. Lepas tu lagi aku jumpa mamat aku sendiri.

Memandangkan aku sendiri pernah buat apa yang perempuan tu buat dan bf aku boleh tunggu aku balik kat dia,aku jadi sangat sayang kat dia.

Semalam, aku terfikir.. Memang betul cakap orang2. Kalau bukan jodoh kau, kau sayang macam nak mampus pun, korang takkan bersama.

Aku sekarang rasa macam nak mampus.

Haha. Tak lah. Cuma rasa nak mampus sikit je.

Thursday, April 25, 2013

Mati

Kau tahu bunyi mesin vital sign tu?

Bunyi high pitch yang irritating tu?

Bunyi tu dah diam.

Yang bingit sekarang adalah bunyi sunyi tu.

Wednesday, February 13, 2013

lelaki yang makin hilang

yang jari-jarinya menjadi puisi di celah jemariku sendiri

yang pelukan kali akhir itu menjadi sebuah lagu cinta

saat nanti bila kau sudah pergi, aku juga akan kehilangan diri sendiri

aku juga akan hilang nafas

sayang, aku harap Tuhan mendengar suara hati  aku

kebahagiaan aku yang satu ini tolonglah biar panjang..