Tuesday, September 29, 2009

Tak Endah/ Pasrah (?)

"Tak habis pikir ku jadinya, kau bisa membuatku cinta padamu.."

Aku masih membiarkan lagu itu bernyanyi sendiri.
Mengatakan bukan dia. Bukan dia.
Malah aku membiarkan dia.
Membiarkan angin kaku bertiup di laman yang kami.
Aku duga dia panggilnya persahabatan.

Pasti dia tidak menjadi Majnun yang menghanyutkan bunga ke desa Laila.
Mahupun berseru angin membawa haruman Laila kepadanya.

Aku juga bukan Laila yang mabuk Majnun.
Dan dia cuma si Majnun yang mabuk cinta bukan mabukkan pencinta.

Maka aku biarkan lagi lagu itu berulang di dalam kotak perasaan yang makin lelah
Lelah.
Biarkan kotak lagu ini habis baterinya.

ps: ini cuba dibuat macam pop/urban/moden art. tapi kurang menjadi~

Thursday, September 3, 2009

Lagi, tentang pilihan.

Hari ini, berdiri di antara dua jalan.
Seperti di dalam 'The Road Not Taken'.
Seperti Juliet yang di beri peluang kedua memilih antara Romeo dan Paris.
Bukan, kerana pasti si Juliet memilih Romeo lagi.

Maka, aku harus tetap menjadi Luna.
Ya, with my personal Romeo and Paris.

Mari kita reinvent Romeo and Juliet.

Bagaimana kalau Juliet dan Paris itu kawan baik?
Bagaimana kalau Paris itu sangat memahami dan penyayang?
Bagaimana kalau cinta Romeo hanyalah satu infatuation seperti mana cintanya terhadap Rosalie?
Bagaimana kalau Romeo tidak pernah jatuh cinta pada Juliet?
Bagaimana kalau Juliet tidak pasti kalau Romeo itu cintakah padanya?
Bagaimana kalau Romeo tidak pernah tahu cinta Juliet?

Dan di the road diverged in two,
Luna mahu memilih siapa?
Paris yang memegang tangannya, ataupun Romeo yang memiliki hatinya?