Monday, January 18, 2010

Soliloquay


Ruang kosong yang tak boleh dipenuhi,
kau lihat botol di tepi jalan yang berlubang di dasarnya?
Begitulah ruang di kiri kau juga, diisi tetap tidak penuh.
Bukan. Bukan botol di tepi jalan, kerana kau kata hati kau tak berlubanglubang.
Beritahu aku, apa susahnya memenuhkan jiwa kau?
Mungkin kerana kau berjiwa besar.

Ruang tidak kosong tapi masih belum dipenuhi.
Kuasa, harta, cinta(?)
Mahu lebih kuasa, mahu lebih harta, mahu lebih cinta
(Eh, kata orang cinta itu suci, maka apa yang dibuatnya di puisi yang begini?)

Lempar perabot import, lempar banglo besar, lempar butang bom nuklear, lempar lagi lelaki dan perempuan.
Masih belum penuh.
Tak penuh-penuh.
Tak puas.
Tak cukup.
Aku masih mahu lagi banyak.

Manusia, jiwa kau lohong walau tak kosong

Bukankah aku pernah kata, mahu gembira harus tahu rasa puas?

Sunday, January 10, 2010

Berpaling dan pandang aku

Masa-masa telah berlalu. Musim itu juga sudah usang.
Kita sama-sama telah berpaling pergi dari situ, walaupun aku masih di belakang kau. 
Aku
Percaya aku juga sudah melepaskan cerita itu.
Semalam telah datang bertanya khabarku.
Melihat-lihat keadaan sekarang.
Sama sahaja, aku masih di belakang kau.
Di mata Semalam, aku lihat kau mencebik.
Aku halau Semalam, aku marah.

Apa kau fikir aku akan terus di belakang?

Sesekali, kau patut berpaling.

Aku tidak jauh di belakang.

Wednesday, January 6, 2010

0243, selepas secawan kopi putih Ipoh

Agak pelik bila mendengar suara yang dahulunya menyanyi hanya untuk aku di anjung rumah kini di radio. 

Aku terlihat semula pertemuan dulu. Dan tersenyum.

Aku menyesal kita tidak lagi wujud?

Aku rindu juga suara lunak yang bisa buat aku lena.

Aku rindu juga masa yang banyak kau pernah ada untuk aku.

     Tapi suara kau sudah berubah arahnya.
     Tapi rindu kau hilang dalam angin sahaja.
     Dan aku tidak pakai jiwa pun menulis tentang kau.

Kau tahu, bila kita board kapal terbang atau keretapi, kita mungkin akan berbual dengan orang sebelah?

Aku rasa, kau dah jadi orang yang duduk sebelah seat aku dalam kapal terbang ke Malaysia.

Atau aku kah orang yang duduk sebelah kau dalam perjalanan kau ke stardom?