Monday, December 26, 2011

Intruder

Telah tersusun serpihan bintang dan bulan di sudut jendelaku.
Di ruang kecil antara ruangku dan dunia itu.
Serpihan seribu warna, pantulan senyum pahlawan kayangan.
Tika jalur mentari menyapa muka, usai ku hambat mimpi tentang sesuatu,
ku lihat serpih-serpih itu bertaburan jatuh.
Bukti pencerobohan kamu di jendelaku.
Mengintai mimpi di malam biru.
Menceroboh ruang yang aku singkirkan dari tetamu.
Di sini, aku bisu kehilangan hatiku.

*sebenarnya aku nak masukkan yang ni dalam zine dengan unicorn, tapi projek tu tak jalan..

Sunday, December 18, 2011

Joey

kali ini, aku rasa kepergiannya adalah untuk masa yang lama.

Mungkin selamanya.

dan sedih kali ini adalah yang paling sedih.

Thursday, November 3, 2011

Void

Do you see that woman? That woman sitting by the undone bed rocking herself with her legs closed together to her chest? Do you see that she is actually crying behind all those powder she put on? Do you hear her humming to that childhood lullaby?
There are so many things left unsaid between everybody and her. And she doesn’t think anybody knows what the truth is anymore. She would smile everyday while in the inside, everything she holds so dear trembles, threatening to fall and break. Everything that she made dear to her since those are all she will ever have. And everybody will smile back. She will believe that everything is fine. And her everybody will believe that she is okay.
You see, she had this secret place that she locked away and dumped in the sea. It’s been sometimes; a year or so. I guess the lock got rusty and broke. Because now, that place has found her once more; that place that got her running her entire life. She now knows she was very wrong to assume she had finally found solace. To assume that it was okay to trust.
Inside that pretty little head of hers, right now, actually she’s thinking if it was her all this time. If it was her that brought this upon herself. That’s why she is rocking herself like that.
And now, she is starting to think where will that place be if she takes her own life.

Friday, October 14, 2011

Khianat

Titik-titik hujan yang pecah halus-halus menuruni jendela bilik kau

itu kesilapan aku.
Mungkin juga matahari di negeri ini sudah penat,
maka malam sudah tiada berbulan.
Melainkan cuma bintang yang cuba memberi cahaya

Gagal.

Petang yang lewat, gelap tak bercahaya makin hampir
Menelan segala warna dan melodi nafas kau
dan cinta melangkah pergi dengan bendera Putih di tangannya yang berdarah

kita renung mata masing-masing
dalam
suram yang makin dekat
petang ini seolah makin panjang.

Aku telan perlahan kesal
rasa yang memaki aku keji
dari dalam diri aku
bermula dari sebuah jiwa,
musnah.

Aku pun mati perlahan,
dilemaskan perasaan sendiri.

Di saat-saat itu,
aku nampak senyuman di wajah kau.

Wednesday, September 28, 2011

1

Malam ini
Bulan didakap mentari.
Wajahnya merah.
Darah yang cuma mampu mengalir diam antara rela dan terpaksa.
Malam ini, gadis bukan perawan menuding jari kepada langit berbintang
Kerana terlalu manis ilusi yang dipuisikan.
Malam ini, gadis itu meratap tangis.
Berselimutkan embun dingin, tangan menutup muka yang berparut panjang.

Tuesday, September 20, 2011

6

Berlindunglah di balik awan.
Tetap senyap sembunyi.
Biar tiada yang tahu.
Diam kan masa lalu itu.
Biar cuma kita dan langit yang tahu.
Selimutkan kembali kaki perangmu di balik langit biru.
Rahsia ini, rapi di sini.
Berlindunglah di balik awan.
Biar sembunyi, sebelum awan memberat.
Menurunkan hujan menelanjangi langit.

Monday, June 20, 2011

Zine in the making (ok, ikut nasihat koroe)

Kalau aku buat zine, siapa mahu?

aku ada perasaan takut yang tak ada orang nak. so maybe, akan dicetak 30 copies sahaja. Korang nak?
_______________________


Booklet 1.
Solo. Oleh Luna K.
Ada dialog gula-gula caramel, ada puisi-puisi unpoetically advocated ;p - hee, ada lukisan pen amatur.
Black and white.


Booklet 2.
Duet. Oleh Luna K dan Faizal Zol. 
Aku punya part adalah puisi-puisi yang aku haraplah cukup puisi. 
Faizalnya, aku tak tahu lagi. Tapi, kalau korang baca dia punya blog :) 


Okay, okay, sneak peek.


Aku seluk kocek sempit.
Aku selongkar beg penuh debu.
Aku buka laci, almari, segala ruang punya aku.
Cuba, aku cuba. Mencari.
Tiada.
..........


Okay, nanti, insya Allah kat Frinjan. Eh, nak letak tajuk apa eh?

Wednesday, June 1, 2011

I love it

When you call me baby in sleepy voice.

Monday, May 16, 2011

Bukan cerita cinta biasa

Petang sudah datang. Dia menunggu pari-pari bertandang. Sekejap lagi, kalau tiada, harus ditunggu esok pula. Ini bukan sebarang peri. Bukan peri biasa yang berdress putih, bersayap suci. Peri ini pakai jeans biru, mukanya berminyak penat.

Mungkin bukan layak peri bagi orang-orang biasa yang tidak pernah nampak hatinya. Tapi, bagi dia peri itu peri yang peri dalam sebenar-benar erti.

Pertama kali.

Dia baru pulang kerja. Cuma bertuala di laman rumah bila sang peri menyusur di tepian. Perutnya yang sedikit boroi tanpa silu dikendong tanpa bersalah.

Wajah peri kusam oleh penat. Berminyak. Jalannya sedikit lain gaya, mungkin haus oleh perih dan jauh perjalanan. Pertama kali itu juga lewat petang, saat burung bergegas pulang ke sarang. Peri jalan seorang. Cuma seorang meminggir lalu di laluan binatang laju yang bulat tayarnya.

Dan saat dia masih asyik merenung lenggok jalan si peri, seekor kucing kecil mahu melintas jalan. Dan saat itu, seorang perempuan bermuka minyak menjadi seorang pari-pari. Menyelamatkan nyawa yang tiada siapa peduli.

Dari jauh, dia ternampak bayang-bayang si pari-pari. Kereta, motor bersimpang-siur, agak sukar mahu merenung ke dalam matanya.

Kali ini dia berpakaian lengkap. Hajatnya mahu mencuri sekurang-kurangnya satu senyuman ataupun paling tidak berkongsi lirikan.

Matanya berkalih seketika, dan tiba-tiba juga kereta yang banyak berhenti. Suara riuh rendah.

Ada orang disimbah asid di tepi jalan.

Tuesday, May 3, 2011

Butik dan Aksesori





Rambut panjang, hitam berkilat
Bagi sikit highlight perang.
Mata bermaskara, hitam dan besar.
Dress chiffon paras lutut, merah jambu.
Kepit LV merah, kasut tumit tinggi- Jimmy Choo.
Perempuan, jalan melenggang
Buai perasaan yang memandang,
kau jaga diri biar cantik biar menawan.
Tapi hati rawan tak bertuan.

Monday, April 25, 2011

Hilang

Lihat ke sana.
Dan aku tidak tahu siapa yang sedang memandang tepat ke kolam hatiku.
Mata yang asing berwarna gelap.
Merenung aku buat aku tertanya kenapa?
Merenung aku seperti aku serba salahnya.

Lemas.

Dan jatuh ke dalam ketidakpastian yang aku kenal amat.
Rasa ketiadaan yang selalu menelan apa sedikit yang tertinggal tentang satu definisi tentang aku.
Rasanya seperti kali terakhir aku berada di mana tangan tak tertepuk.
Pejamkan mata, menghalang diri dari merasa takut.

Aku lihat kembali ke dalam cermin, dan dia sudah tiada.
Yang ada cuma gelap.

Sunday, April 24, 2011

Penat

Berkait-kait, mengait rangkai-rangkai kata.
Menari bergerak alunan lagu bumi,
menggenggam ketidaksetiaan angin sebagai ilham gurindam.

Perangkap buat mereka yang ampuh saat menyelami setiap aksara yang bersusun.

Sudah.

Cukup semua mainan kata-kata.
Apa yang aku mahu katakan cuma,
selama ini apa yang aku mahu cuma teman.

Wednesday, April 20, 2011

Shame

Today on a lonely bus ride
I saw a nursery.
It showed me the bougainvillea;
the color of my childhood.
It showed me the color of the earth;
the smell of my childhood.
And I’m reminded of cricket’s and bird’s songs.
Those which I sang myself to childish sleeps,
which I carry with me in my innocent dreams.
I saw a little girl in my memory.
Laughing, her ponytail shaking with it.
Her pink little dress wrinkled but pretty.
She made me smile.
“Baby, why are you smiling?”you asked, nibbling my ears.
“Nothing,” felt silent in front of the little girl’s shattered innocence

Saturday, April 16, 2011

Jatuh dari langit

Bidadari itu terbang, turun ke bumi, demi mencari pahlawan syurganya.




Bidadari suci itu rela, cemarkan duli, agar dapat jumpa laksamana hatinya.



Belahan jiwa yang dibuang kerana melanggar larang.



Bidadariitu mencari-cari di bumi.



Mata hati jadimati dek ilusi duniawi.



Sedang mencari, bidadari sedar sayapnya tiada lagi.



Yang dulu dimiliki sudah ditarik kembali.



Tinggal si bidadari bukan lagi bidadari.



Terus mencari-cari hati yang sebelah lagi.

Thursday, April 14, 2011

For Yesterday

I'll make up to you, you said.




I waited, smiling.



I watch you as you fight.



I watch you as you break you promises.



I watch you as you lie.



I guess I'll be watching as you die.

Saturday, April 9, 2011

Ki ta

Tinta-tinta ucapan yang kau gubah dengan rasa
     yang pernah. Yang pernah.
Bintang-bintang yang kau susun dengan rasa.
     yang pernah. Yang pernah.
Senyum-senyum yang kau ukir dengan rasa
     yang pernah. Yang pernah.
Bahagia-bahagia yang kau cipta dengan rasa
     yang pernah. Yang pernah.
Mimpi-mimpi yang kau bina dengan rasa
     yang pernah. Yang pernah.
Aku yang kau sentuh dengan rasa
     yang pernah. Yang pernah.
Kini punah.

Sunday, April 3, 2011

Flattered

Pagi Ahad bermula pada 1 petang.

Kirana masih bermalasan di dalam sejuk penghawa dingin. Enggan melepaskan hangat gebar. Sekali, dua kali diraupnya muka yang masih mengantuk.

Bosan. Hari ini nampaknya sendiri sahaja. Ruang apartmentnya seolah melantunkan bunyi-bunyi senyap, berdesing-desing di telinga.

Dan Kirana lantas berputus untuk bangun, memandang sekeliling biliknya. Dinding berwallpaper kosong hitam merah. Di depannya cermin sepanjang dinding yang terlihat seorang perempuan berambut panjang kusut tidur.

Lelah dengan kemalasan.

Dia mencapai rokok, perlahan keluar bilik. Kaki kecilnya terasa melekit di atas lantai yang tidak lagi berpermaidani. Carburetor Dung dimainkan suara maksimum. Sesaat, diperlahankan sedikit.

Kirana menyelak langsir pintu ke balkoni. Terang. Gurauan matahari tengah hari agak nakal. Dia mengecilkan mata yang masih dibuai kantuk. Dia menolak sliding door, terasa kehangatan yang begitu selesa.

Awan-awan kecil terapung seperti gula-gula kapas. Enak.

Kirana duduk, buka kotak rokok. Di ambilnya  ashtray dan diletakkan di antara kakinya. Sebelah tangan menyalakan rokok, sebelah lagi menarik gaun tidur menutup panties yang terdedah.

Kosong. Tiada burung berkicau di metropolis seperti ini.

Fikirannya melayang-layang, entah ke daerah mana. Kosong tapi seolah serabut. Kekosongan itu terus menghabiskan separuh nikotinnya.

Di ruang letak kereta di bawah tiga perempuan berpakaian cantik mengekek ketawa, gembira mungkin. Dari mana anda semua? Dia bertanya sepertinya berminat. Seorang perempuan yang paling gedik antara mereka mula menari-nari sendiri. Kirana tertawa kecil.

Kirana memandang kakinya sendiri kemudian kaki perempuan yang sedang menari. Baiklah, kaki kau panjang kan. Kata si mediocre Kirana. Bila mereka berlalu, egonya kembali pulih pelahan-lahan.

"Hey!" satu suara kedengaran. Dia mengalih pandang dari ashtray di antara kakinya ke lot letak kereta. Seorang lelaki berpolo shirt putih berseluar pendek tersengih.

Apa yang lelaki ini mahu dari perempuan serabut-langsung-tak-cun-dan-tak-mandi? fikirnya.

Dan lelaki itu mula menggerakkan pelvis ke depan dan ke belakang. Kirana menyedut asap terakhir dari rokok pertamanya Ahad itu. Mematikannya.

Not my idea of a good time, fikirnya. Lalu Kirana masuk ke dalam rumah, tidak menghiraukan lelaki gila tadi. But I'm flattered

Monday, March 28, 2011

Dalam mahu lena

Aku penat di sibuki hal-hal dunia.
Aku mahu lena.
Aku rela mahu pejam mata.

Di pembaringan aku cuba biarkan dibawa kantuk
Tapi bayang kau menjelma,
bikin darahku panas membara.
Lalu aku tak bisa lena.

Friday, March 18, 2011

Petak Mula

Kita bermula dari tengah cerita.
Kita mencuba melawan norma yang bukan berwarna.
Kita andaikan realiti berada di sisi kita.
Kita membuka langit putih berawan biru.
Tapi kita; nyatanya tak pernah bermula (?)
Kerana petak tengah itu, bukan yang pertama.

Thursday, March 17, 2011

entah dari mana mahu aku mula
tertinggalnya satu kejadian dalam liat ingatan
mengalahlah satu semangat yang sudah makin malap nyalanya
aku mahu cuba dirikan kembali satu kesombongan yang aku tak punyai
maka berhembuslah rasa itu

Tuesday, March 15, 2011

Sindrom patah hati.

Saya pernah ada cinta yang bernama Jo.
Sekarang, saya cuma ada teddy bear yang saya namakan Jo.
Bila saya rindukan cinta saya yang bernama Jo, saya akan baring dengan teddy bear yang saya namakan Jo.
Setiap hari, saya baring dengan Jo.

Dan saya akan cuba hidupkan kembali perasaan bila Jo saya ada bersama saya.

Patah hati memang perasaan yang celaka.

Monday, March 14, 2011

Having met you and letting you go.

Jatuh cinta itu tidak buta, tapi membutakan.
Perlahan aku tinggalkan daerah yang disinari cahaya pagi jingga.
Kerana inilah saatnya bulan saksi cinta kita berkubur di dalam tanah merah.


Aku takkan menyalahkan kau, cinta.
Sebab yang dulu tersungkur dikakimu itu, aku dan hanya aku.

Wednesday, March 9, 2011

Song for a Dead Princess

I'm singing to you in the blackest of night.

I'm singing to you when it doesn't feel right.

The ballroom, the dress, your perfume, your tresses.
Everything was still alive in my dreams. Today, the day before, the day before, the day before, tracing back to that moment when I first saw you.

When you first said "Hi."
When all I could see is your voice.
When I couldn't see you.
When we were dancing through the night.

That moment when I was still your princess.

Monday, March 7, 2011

Birthday Post

Langit hari ini bagai lukisan.


Buat kali pertama aku benar-benar mahu menyelam di dalamnya.

Langit hari ini bagai tak realiti.

Buat jantung aku kencang.

Langit biru ungu violet merah jingga.

Lembut seolah mahu memeluk aku.

Langit yang berubah saat bait bait ini aku ungkap.

Angin tiba-tiba berhenti nafasnya.

Awan kelabu datang berlari menghambat langit ungu violetku.

Langit hari ini tenggelam bersama darah merah mentari.



051110

Sunday, February 27, 2011

On being alone.

Space;
to be alone
to be honest
to reflect
to laze
to ponder
to imagine
to write
to think
to be inspired
to be myself.
Leave me in my solitude.

-Inspired by Emerson

Thursday, February 24, 2011

Day

The cracking peach on the dark sky fumagate the crisp glory of day


It comes with a liquidity that seems to drain the intensity of night

Robing it of its mystery and secrecy.

Signs are made manifest, the birds started singing

The winds whispering cool and calm

As the darkness is blanketed by light, the sky becomes bluer

The sun is here due to an ancient agreement

Nothing more glorious until the day the contract is ended

Wednesday, February 16, 2011

Of forgiveness and moving on

Some things has to be said so that we will eventually believe it. Like forgiving a heart break. Generally, forgiving and moving on. We'll tell our self "I have moved on." when we saw our past walking hand in hand with a new person or when we saw them laughing while we are still hurting.




It is such pain to be the one still holding on. So we'll tell our self, "I forgive you."



Eventually, I'll forgive you and move on.

Monday, January 17, 2011

Bisik si pari-pari

Pari-pari itu berbisik: harum purnama memalsukan mimpi kita.

Kau kata: persetankan pari-pari itu, ayuh, menari disimbah terangnya.

Dia menyedarkan aku, sudah-sudah lah berkhayal. Lihatlah, sayapmu, lumpuh berlumpur. Berhentilah menganyam ilusi. Buka mata, sedar realiti.

Kau menghulurkan tanganmu, si pari-pari menanti balasku.

Aku pejam mata sesaat lagi sebelum mimpiku mati.

Friday, January 14, 2011

Mencari Tuhan

Kau mencari Tuhan, dalam sebatang nikotin.
Takkan pernah sama.
Semua tak sama.
Kau mencari di tempat yang salah.
Dalam sejuk dan gelap, kau pandang langit, kau soal;
"Tuhan, tiadakah sebutir bintang pun untuk aku?"
Dan Tuhan mengerlipkan bintangNya untuk kau.
Kau beralasan lagi. Kau sedut asapnya dalam.
Kau mencari di tempat yang salah.
Kerlipan bintang itu sebenarnya petanda yang kau harus matikan nyala nikotin dan mula mencuci diri.
Kau tahu setiap tulang, titik darah, jantungmu...
Semua untuk Dia.
Semua milik Dia.
Alasan apa lagi yang mahu kau bagi?
Saat Tuhan mengerlipkan bintangNya untukmu?
Biarpun dibalik awan yang merah?

Wednesday, January 12, 2011

Dari pandangan seorang lelaki.

Malam kosong. Highway agak lengang. Dalam kereta cuma berdua. Sesekali, ingin timbul menggerakkan tangan untuk menyentuh tubuh yang selesa tidur di sebelah.

Tapi dia terus memandu. Teringat petang redup saat berdua menyedut kepulan asap putih. gadis yang sedang lena di sisinya. Berbeza sekali raut wajah yang dilihat dalam samar bulan.

Liana yang dikenalinya hampir separuh hidupnya. Kuat dan utuh, seperti karangan yang dihempas pantai. Kuat, utuh dan indah.

"Kau tahu, aku dah jatuh cinta semacam dengan dia ni. Kalau tak jumpa, aku sasau." Liana menghembus kepulan putih dari bibir nipisnya. Tak de la seksi mana pun, kau fikir.

"Heh, takpe, nanti mati sama-sama." kata kau, ketawa kecil. Liana menolak lembut bahu kau. Kau rasa mahu peluk dia kemas-kemas. Tapi, antara kau dan dia hanya kawan.

Jalan lurus lengang. Kau padamkan lampu kereta. Pedal minyak mencecah lantai. Laju. Kalau aku mati sekarang...

"Faris..." suara serak mengantuk Liana kedengaran. "Slow la sikit. Aku tak kawin lagi ni." Serta merta, kau memperlahankan laju, automatik lampu menerangi jalan.

"Kalau kau ngantuk, R&R depan berhenti la. Aku pun tak larat nak drive." dia sambung lagi. Kau cuma angguk tak bersuara.

Dua orang budak lengkap berpakaian sekolah menaiki sebuah basikal. yang lelaki mengayuh, yang perempuan membonceng di belakang. "Laju! Laju!" dan budak lelaki itu termengah-mengah mengayuh.

"Berat la Yana, kau la yang kayuh." dia merungut saat si gadis kecil memasamkan muka.

Kereta berhenti. Kau bawa keluar tin-tin kosong, sampah-sampah yang ada dalam kereta. Kau ambil selimut dari tempat duduk belakang. Selimutkan gadis yang teguh di hati kau. Kau dengar terima kasih yang tak jelas.

Kau sendiri buka pintu belakang dan tidur di situ. Dalam kabut bau rokok di rambutnya, kau masih boleh hidu syampu berbau mawar yang samar-samar membuai lena tidur.