Wednesday, January 12, 2011

Dari pandangan seorang lelaki.

Malam kosong. Highway agak lengang. Dalam kereta cuma berdua. Sesekali, ingin timbul menggerakkan tangan untuk menyentuh tubuh yang selesa tidur di sebelah.

Tapi dia terus memandu. Teringat petang redup saat berdua menyedut kepulan asap putih. gadis yang sedang lena di sisinya. Berbeza sekali raut wajah yang dilihat dalam samar bulan.

Liana yang dikenalinya hampir separuh hidupnya. Kuat dan utuh, seperti karangan yang dihempas pantai. Kuat, utuh dan indah.

"Kau tahu, aku dah jatuh cinta semacam dengan dia ni. Kalau tak jumpa, aku sasau." Liana menghembus kepulan putih dari bibir nipisnya. Tak de la seksi mana pun, kau fikir.

"Heh, takpe, nanti mati sama-sama." kata kau, ketawa kecil. Liana menolak lembut bahu kau. Kau rasa mahu peluk dia kemas-kemas. Tapi, antara kau dan dia hanya kawan.

Jalan lurus lengang. Kau padamkan lampu kereta. Pedal minyak mencecah lantai. Laju. Kalau aku mati sekarang...

"Faris..." suara serak mengantuk Liana kedengaran. "Slow la sikit. Aku tak kawin lagi ni." Serta merta, kau memperlahankan laju, automatik lampu menerangi jalan.

"Kalau kau ngantuk, R&R depan berhenti la. Aku pun tak larat nak drive." dia sambung lagi. Kau cuma angguk tak bersuara.

Dua orang budak lengkap berpakaian sekolah menaiki sebuah basikal. yang lelaki mengayuh, yang perempuan membonceng di belakang. "Laju! Laju!" dan budak lelaki itu termengah-mengah mengayuh.

"Berat la Yana, kau la yang kayuh." dia merungut saat si gadis kecil memasamkan muka.

Kereta berhenti. Kau bawa keluar tin-tin kosong, sampah-sampah yang ada dalam kereta. Kau ambil selimut dari tempat duduk belakang. Selimutkan gadis yang teguh di hati kau. Kau dengar terima kasih yang tak jelas.

Kau sendiri buka pintu belakang dan tidur di situ. Dalam kabut bau rokok di rambutnya, kau masih boleh hidu syampu berbau mawar yang samar-samar membuai lena tidur.

3 comments:

Who are you?