Tuesday, September 29, 2009

Tak Endah/ Pasrah (?)

"Tak habis pikir ku jadinya, kau bisa membuatku cinta padamu.."

Aku masih membiarkan lagu itu bernyanyi sendiri.
Mengatakan bukan dia. Bukan dia.
Malah aku membiarkan dia.
Membiarkan angin kaku bertiup di laman yang kami.
Aku duga dia panggilnya persahabatan.

Pasti dia tidak menjadi Majnun yang menghanyutkan bunga ke desa Laila.
Mahupun berseru angin membawa haruman Laila kepadanya.

Aku juga bukan Laila yang mabuk Majnun.
Dan dia cuma si Majnun yang mabuk cinta bukan mabukkan pencinta.

Maka aku biarkan lagi lagu itu berulang di dalam kotak perasaan yang makin lelah
Lelah.
Biarkan kotak lagu ini habis baterinya.

ps: ini cuba dibuat macam pop/urban/moden art. tapi kurang menjadi~

5 comments:

  1. ye, sebenarnya aku cuba mempelbagaikan gaya penulisan tapi aku rasa tak menjadi langsung~

    heh.

    ReplyDelete
  2. lama2. usaha2. akan menjdai juga kan. =)

    ReplyDelete
  3. ada baris² yang lazat..
    sungguh :D

    ReplyDelete

Who are you?