Ruang dibiar kosong. Tutup
Semua yang rosak biar. Tutup
Penghujung jalan bukan hati yang patah.
Tabah.
Tuhan cuma mahu kau pandang ke arah syurga sesekali selepas lama mengarah ke lubang neraka.
Tutup.
Ruang dibiar kosong. Tutup
Semua yang rosak biar. Tutup
Penghujung jalan bukan hati yang patah.
Tabah.
Tuhan cuma mahu kau pandang ke arah syurga sesekali selepas lama mengarah ke lubang neraka.
Tutup.
Semalam aku dapat tahu senior yang aku pernah ada crush kat dia dah putus beberapa bulan lalu dengan tunangnya. Aku ingat aku akan rasa seronok tapi tak.
Aku rasa sedih. Sebab aku tahu dia memang sayang gila dekat perempuan tu. Ada sekali perempuan tu curang, dia boleh tunggu perempuan tu balik kat dia.
Lepas tu diorang tunang. Aku pun berhenti la stalk si mamat ni. Lepas tu lagi aku jumpa mamat aku sendiri.
Memandangkan aku sendiri pernah buat apa yang perempuan tu buat dan bf aku boleh tunggu aku balik kat dia,aku jadi sangat sayang kat dia.
Semalam, aku terfikir.. Memang betul cakap orang2. Kalau bukan jodoh kau, kau sayang macam nak mampus pun, korang takkan bersama.
Aku sekarang rasa macam nak mampus.
Haha. Tak lah. Cuma rasa nak mampus sikit je.
yang jari-jarinya menjadi puisi di celah jemariku sendiri
yang pelukan kali akhir itu menjadi sebuah lagu cinta
saat nanti bila kau sudah pergi, aku juga akan kehilangan diri sendiri
aku juga akan hilang nafas
sayang, aku harap Tuhan mendengar suara hati aku
kebahagiaan aku yang satu ini tolonglah biar panjang..