Dan bagi yang kenal siapa Marylin Monroe tapi tidak Norma Jean.
Sama dengan Billy Talent sebelum American Idol. (Atau Mawi kalau kau mahu, personally, bukan untuk aku. Not ever.)
Setiap sesuatu bermula dengan apa yang kita tidak tahu. Benda itu, kadang-kadang kita panggil kemungkinan, kadang-kadang kita panggil peluang. Dan selalunya orang panggil dia takdir. Tapi, itu sebenarnya terpulang pada aku, pada kau. Pada mereka. Mungkin juga terpulang dengan benda itu yang kadang-kadang orang panggil tuah.
Macam gitar lama yang terbiar bersawang. Aku tak tahu kalau aku boleh menghasilkan sesuatu. Dan tangan aku pun bergerak. mencuba. Ini aku panggil. Risiko.
Apa yang aku kerjakan?
Biar aku seorang yang tahu.