Wednesday, December 30, 2009

Biar aku sahaja tahu.

Macam Kokokaina sebelum Zee Avi.

Dan bagi yang kenal siapa Marylin Monroe tapi tidak Norma Jean.

Sama dengan  Billy Talent sebelum American Idol. (Atau Mawi kalau kau mahu, personally, bukan untuk aku. Not ever.)

Setiap sesuatu bermula dengan apa yang kita tidak tahu. Benda itu, kadang-kadang kita panggil kemungkinan, kadang-kadang kita panggil peluang. Dan selalunya orang panggil dia takdir. Tapi, itu sebenarnya terpulang pada aku, pada kau. Pada mereka. Mungkin juga terpulang dengan benda itu yang kadang-kadang orang panggil tuah.

Macam gitar lama yang terbiar bersawang. Aku tak tahu kalau aku boleh menghasilkan sesuatu. Dan tangan aku pun bergerak. mencuba. Ini aku panggil. Risiko.

Apa yang aku kerjakan?

Biar aku seorang yang tahu.

9 comments:

  1. Gambatte! setiap yang hebat pasti ada permulaan.

    ReplyDelete
  2. kita takut dengan benda yang kita tidak tahu.heh.well,me.

    =)

    ReplyDelete
  3. Pisey
    Well, selalunya, manusia mmg takut dengan benda yang mereka tidak tahu. Sebab itu, ada beberapa orang sahaja yang berpeluang menemui sesuatu dan meninggalkan nama selepas mati.

    Hati Bangkai
    Bagaimana tu? Maaf, kurang jelas.

    ReplyDelete
  4. kemungkinan..peluang..takdir..kebetulan..even setiap langkah yg kita langkah kite sendiri xkan tahu pe yg akan terjadi di pengakhirannya..

    thats the arts of life..

    ReplyDelete
  5. oh. maaf, sedikit keliru dengan life is art's yang sebelumnya.

    Ya. Benar. Kalau semua itu ta ada, mungkin kita tak akan tahu warna merah, jingga, hitam dan fluorecent pink :)

    ReplyDelete
  6. yaa..warna yg kadang2 dapat dizahirkan dengan xpresi tingkahlaku dan perangai..aku suka dengan perkataan "pink" yg terdapat pada comment kamu diatas..
    contohnya perbezaan antara perempuan yg gilakan warna pink dan lelaki yang menggilai warna pink..apa persepsi kamu??ternyata berbeza kan ?

    ReplyDelete
  7. ya. apa yang aku nak kata, ada seorang perempuan nak beli headphone di pc fair hari ini. setelah berdiri di tmpat jual haedphones n stuff itu selam lebih kurang sejam, bercakap2 dengan salesboy cute, dia telah beli earplug yang berwarna merah yang berharga rm50 kerana warnanya cantik. padahal, headphone yang lebik elok kualiti dan tak sakitkan telinga lebih murah.

    ReplyDelete

Who are you?