Monday, August 9, 2010

Pesanan Kepada Cinta yang Ditakdirkan Untuk Saya

Saya tidak tahu di mana awak berada. Apa yang awak fikirkan. Apa yang awak rasa. Siapa awak.

Tapi, sekarang, saya rasa kesepian semakin dekat dengan saya. Sudah semakin sebati. Saya takut terlalu asyik melayan sepi, bila kita bertemu saya gagal kenal awak. Hari semalam, saya jatuh hati dengan pelakon teater. Maka, saya takut juga, bila saya bertemu awak, awak ada orang lain di sisi, dan saya ada lelaki yang mendampingi. Kemudian, kita terus berlalu tanpa sempat memandang mata masing-masing.

Hari ini, saya habiskan sebuah buku. Saya langsung tidak bangun dari katil. Setelah itu, saya duduk diam dalam selimut. Sebab hujung kaki dah sejuk. Otak saya berkata, "I'll just warm these toes." (Ya, otak saya cakap orang putih.) Tapi lepas panas, saya tak bangun juga, sebab selesa.

Saya lapar, seharian tidak makan, tapi tak ada mood.

Saya habiskan buku itu, yang membuat saya takut, hayat saya tak panjang, dan tak sempat jumpa awak. Atau sempat jumpa sekejap sahaja. Saya tak mahu cuma jadi hantu yang menghantui awak tanpa boleh sentuh awak. Saya tak mahu jadi orang yang hanya muncul dalam mimpi awak tanpa kaki di tanah realiti.

Awak, faham tak apa yang saya cuba kata ni? Boleh tak muncul di depan saya cepat sikit? Sila beri saya signal, sebab saya sedikit daft pasal benda-benda ini. Oh, lagi satu, jangan cemburu, saya memang ramai kawan lelaki.

Bulan puasa nanti saya masak sedap-sedap untuk awak ok?

4 comments:

  1. :) nice.. Me too, waiting for my 'I-know-u-r-somewhere-looking-for-me'.. it's about time for he to actually found me.. i guest and hope!

    ReplyDelete
  2. yeay. ada orang mahu masakkan utk aku bulan puasa ni..


    bukan aku eyh? .. baiklah


    aku tolong doakan utk dia cepat datang n boleh makan masakan kau =)

    ReplyDelete

Who are you?