Titik yang bermulanya keruh,
sudah terlalu lewat untuk dikesan
Kala kini, malam semakin hampir menghambat sisa-sisa merah ungu di langit.
Nyata lebih sejuk udara selepas ribut.
Tapi seperti pantai,
kita ini sudah berubah selepas bah.
Lebih lewat lagi untuk mencari jika ada lagi
senyuman zaman dulu yang boleh dikutip buat perca,
boleh menutup ruang-ruang yang makin menjauh antara kita.
Lebih lewat lagi kerana hubungan kita makin letih.
Malah kita, lebih letih.
Tidak mahu mencuba untuk hubungan itu.
Biar lah, fikir aku.
Mungkin itu juga yang bermain di fikiranmu.
Aku tidak pasti, tapi mendung dah berlalu.
Biarlah aku tenang begini.
Tenang begini.
Sunday, March 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Who are you?