Ruang kosong yang tak boleh dipenuhi,
kau lihat botol di tepi jalan yang berlubang di dasarnya?
Begitulah ruang di kiri kau juga, diisi tetap tidak penuh.
Bukan. Bukan botol di tepi jalan, kerana kau kata hati kau tak berlubanglubang.
Beritahu aku, apa susahnya memenuhkan jiwa kau?
Mungkin kerana kau berjiwa besar.
Ruang tidak kosong tapi masih belum dipenuhi.
Kuasa, harta, cinta(?)
Mahu lebih kuasa, mahu lebih harta, mahu lebih cinta
(Eh, kata orang cinta itu suci, maka apa yang dibuatnya di puisi yang begini?)
Lempar perabot import, lempar banglo besar, lempar butang bom nuklear, lempar lagi lelaki dan perempuan.
Masih belum penuh.
Tak penuh-penuh.
Tak puas.
Tak cukup.
Aku masih mahu lagi banyak.
Manusia, jiwa kau lohong walau tak kosong
Bukankah aku pernah kata, mahu gembira harus tahu rasa puas?