Saturday, May 29, 2010

Bayangkan

Cuba menadah air dalam tapak tangan.
Begitu.
Aku cuba untuk tidak fikirkan kamu.

Aku cari bayang kamu di mana sahaja.
Aku lihat kamu pada siapa sahaja.

Cuba sembunyi di padang pasir kontang.
Begitu.
Melainkan aku kambus diriku hilang ke dalam debu waktu.

Melainkan perasaan ini jelas melemaskan.
Melainkan nyata aku tak berdaya.

Tidak mampu. Seluruh urat saraf dipenuhi rindu kamu.

4 comments:

  1. kalau aku, aku dah lari pergi jauh.

    ReplyDelete
  2. Aku tak terdaya lari masa tu. Haha! Tapi, mind over matter :)

    ReplyDelete
  3. Tak dapat lari dari rindu jika cinta masih membelenggu.

    ReplyDelete

Who are you?