Sebab cinta kali ini adalah satu pengkhianatan,
Aku biarkan mimpi mengeluh lelah di antara hadir cahaya,
Semoga kau masih mampu melihat adanya harapan walaupun awan itu cuma kelabu tanpa silver lining.
Sayang,
Aku tak pasti,
Mungkin bukan cinta, tapi aku pasti ini satu kegilaan.
Saturday, September 22, 2012
Thursday, August 9, 2012
Sin
Welcome to the conscience's hunting ground.
Where you will be hunt down and find no escape.
Where the earth is made up of the wrongs you've done to people you said you love.
Where you can drown in sweat
and there is no such thing as peace after death.
Because you'll relive the sin each time you remember what you have done.
Saturday, July 28, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Setia
Dari tempat yang hilang,
aku masih menunggu kau pulang.
Mungkin tanah sudah gersang
tapi aku akan masih tunggu kau pulang
pulang pada aku yang sudah hilang
dan makin hilang
aku masih menunggu kau pulang.
Mungkin tanah sudah gersang
tapi aku akan masih tunggu kau pulang
pulang pada aku yang sudah hilang
dan makin hilang
Sebentar
Apa yang kita ada cuma saat ini.
Esok atau sebentar lagi, lidahku mungkin sudah kelu
Mungkin kau sudah pergi
Mungkin aku tiada di sini
Sepanjang maghrib cuma masa kita
Kau pergi bersama jalur terakhir mentari
Tak apa, aku pasti tunggu kau sampai maghrib kembali.

Friday, June 8, 2012
Tolong doakan.
Kali terakhir dia telefon aku, cuma untuk katakan dia cintakan aku. Mesej terakhir yang dia hantar, mengatakan dia ditahan di hospital, kemungkinan masalah buah pinggang. Dia suruh aku jangan risau, dan bahawa dia akan sembuh.
Aku balas pesanan dia, menyuruh dia kuat dan sembuh cepat, ini EURO pertama sejak kami bersama. Mana boleh kami tak tengok sama-sama.
Aku sangat berharap, sebelum September dia akan sembuh. At least, kami boleh meraikan ulang tahun bersama.
Tolong doakan dia.

Summer Affair
It was not a kiss,
It was my lips whispering to your lips,
And we both admit,
that love is something that was
Maybe we want to touch each other,
Maybe your lips want to meet mine,
but it was not a kiss,
it was my lips whispering to your lips
About a summer romance that never was.
It was my lips whispering to your lips,
And we both admit,
that love is something that was
Maybe we want to touch each other,
Maybe your lips want to meet mine,
but it was not a kiss,
it was my lips whispering to your lips
About a summer romance that never was.
Monday, May 21, 2012
Penuhi hati
Hujan lumpur membasuh darah
Berselut dan hanyir wajah......................
Sebenarnya aku sudah kehilangan kata
Ungkapan tercetus di jari semata
Tiada lagi rasa dalam hati.
Aku sudah tak peduli.
Dari titik. ke titik
Makna yang dulu harmoni sudah lari
Siapa dirimu kedengaran jelas di telingaku
Menenggelamkan kata katamu.
Bukan aku tak mahu percaya, tapi siapa kamu berbicara lebih lantang dari lidahmu,
Hati jadi sepi.
Tanpa sedikit rasa
Malah aku juga bukan marah atau sedih
Mungkin hujan masuh berlumpur.
Untuk kali ini sekali lagi
aku akan biar penuh berlumpur.

Thursday, April 26, 2012
Tak Mampu
Malam ini aku tak mampu
Malam ini aku mahu berhenti dan berpaling ke belakang
Sebab ada bayang kau di hujung buku lali aku
Sebab ada rasa sayang di hujung hati aku
Kali ini aku mahu sangat peluk perasaan yang sudah kusam,
Bertema lagu-lagu cinta kita,
aku yang lalu bersama kau yang dulu milikku,
walau sebenarnya aku tahu
kita sepertinya radit dan jani yang tidak pernah jatuh cinta.

Monday, April 9, 2012
Masa
sudah pukul 13.60 sebentar sahaja lagi
masa berpusing kembali ke depan.
dia ketawa kesedihan di atas titik kejadian diri sendiri
betapa kecilnya dia di kalangan sejarah-sejarah yang bakal tercipta
setelah semuanya tidak terjadi,
masa sudah kembali 12.
semuanya jadi kosong dan diam.

Sunday, March 4, 2012
Mungkin kau. Mungkin aku.
Titik yang bermulanya keruh,
sudah terlalu lewat untuk dikesan
Kala kini, malam semakin hampir menghambat sisa-sisa merah ungu di langit.
Nyata lebih sejuk udara selepas ribut.
Tapi seperti pantai,
kita ini sudah berubah selepas bah.
Lebih lewat lagi untuk mencari jika ada lagi
senyuman zaman dulu yang boleh dikutip buat perca,
boleh menutup ruang-ruang yang makin menjauh antara kita.
Lebih lewat lagi kerana hubungan kita makin letih.
Malah kita, lebih letih.
Tidak mahu mencuba untuk hubungan itu.
Biar lah, fikir aku.
Mungkin itu juga yang bermain di fikiranmu.
Aku tidak pasti, tapi mendung dah berlalu.
Biarlah aku tenang begini.
Tenang begini.

Thursday, March 1, 2012
Thursday, February 16, 2012
Cinta aku
“Kau cinta mati aku. Maksudnya cinta tu hidup walaupun aku
mati.”
“Kau cinta mati aku.
Maknanya tanpa cinta kau aku mati.”
“Cinta aku akan hidup sampai bila-bila untuk kau. Walaupun
aku mati.”
“Walaupun kau mati. Aku
akan selalu cinta kau.”
“Maafkan aku.”
“Maafkan cinta aku.”
Subscribe to:
Posts (Atom)